Produk

Terdapat berbagai pelan Takaful yang berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

  1. Takaful Keluarga
  2. Takaful Am 
Keperluan setiap individu akan berubah apabila melangkau ke tahap umur yang selanjut. Rancang kewangan dari awal dapat membantu setiap individu untuk mengekalkan gaya hidup yang dinikmati sekarang. Perancangan kewangan individu merupakan proses yang berterusan, perlu diuruskan dan dikawal selia dengan sebaik mungkin, bagai mencapai cita-cita atau objektif kewangan yang telah ditetapkan.

Terdapat berbagai kategori pelan Takaful Keluarga yang berupaya memenuhi keperluan seseorang individu:-

  • Kesihatan -   Sesiapa sahaja tidak akan dapat menjangkakan bilakah anda akan menghadapi masalah kesihatan. Langkah bijak apabila anda telah bersedia dengan pelan kewangan yang boleh membantu anda disaat anda tidak lagi berupaya. 
  
  1. Pelan Medic Save Rider -    Medic Save Rider direka untuk menyediakan kepada anda suatu perlindungan Penghospitalan & Pembedahan yang lengkap, manfaat-manfaat yang lebih dan kad kemasukan tanpa-kesulitan yang akan dapat memudahkan prosedur kemasukan anda ke hospital.  





  • Simpanan - Anda membuat simpanan dengan sejumlah wang, anda juga layak untuk mendapat manfaat perlindungan. 
  1. Pelan Harmoni - Harmoni membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta   tabungan. Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang anda daripada Dana Pelaburan Peserta sekiranya perlu. Harmoni memberi ketenangan minda serta kelonggaran dalam pengurusan kewangan anda disamping Perlindungan Takaful.
  2. Pelan Tunas - Tunas merupakan pelan bertempoh tetap yang menyediakan pulangan tahunan selama 20 tahun. Bayaran tunai tahunan antara 5% - 10% daripada Sumbangan Tahunan Asas tentunya menggandakan wang anda. Dengan Tunas, anda dapat menikmati ketenangan minda kerana anda dilindungi dan mendapat pulangan dalam masa yang sama.


  • Rumah Kediaman - Kediaman anda adalah syurga anda. Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk melindunginya. Begitu pun, jika malang menimpa, adakah anda mempunyai perlindungan yang diperlukan? Pelan ini bukan lagi melambangkan kemewahan sebaliknya merupakan pelaburan terbaik untuk diri sendiri juga yang tersayang. 
  1. Pelan Empunya Rumah / Isi Rumah -  Merupakan perlindungan terhadap kediaman anda akibat dari musibah yang menyebabkan kerugian kewangan. Antaranya perlindungan terhadap kediaman atau isi rumah kediaman anda adalah seperti kebakaran, kilat, letupan, tangki air pecah atau melimpah, taufan, ribut, banjir, gempa bumi, hilang sewaan, kerosakan pada cermin (sehingga RM500), dll.




  • Perlindungan - Memiliki perancangan kewangan yang teliti daripada awal amat membantu anda dan orang yang anda sayangi menempuh kehidupan dengan selesa.
  1. Pelan Prima - Merupakan pelan yang memberikan manfaat pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya. Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu musibah.
  2. Pelan Prisma - Tiada yang lebih penting selain daripada keluarga yang anda sayangi. Sebagai pasangan atau ibubapa, anda tentunya telah membuat simpanan untuk kegunaan masa depan keluarga anda. Tidak mencukupi sekiranya musibah berlaku dengan tiba-tiba. Statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2010 menunjukkan kemalangan berlaku pada setiap 15 minit. Tiada siapa yang mampu untuk melihat masa hadapan sebaliknya anda mempunyai kemampuan untuk memastikan keperluan kewangan keluarga anda terjaga dengan baik.
  3. Pelan Prisma+ - Membantu anda melindungi ketidakpastian dalam hidup dengan menawarkan perlindungan kewangan yang bersesuaian. Pada saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah yang Dilindungi berserta simpanan tunai yang terkumpul bagi meringankan beban kewangan mereka. Anda boleh menarik nafas lega kerana kebajikan jangka panjang keluarga yang anda sayangi dijaga.
  4. Pelan Takaful Kemalangan Diri - Merupakan pelan perlindungan kemalangan peribadi akibat kemalangan yang melibatkan kecederaan kepada mana-mana anggota badan. Antara pelan yang ditawarkan adalah seperti Perlindungan Kemalangan Diri Individu, Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (untuk organisasi, syarikat, persatuan, Sekolah Rendah/Tadika, Sekolah Menengah, Universiti/Kolej), Perlindungan Kemalangan Diri Dalam Perjalanan (Travel PA), Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu dan Penumpang Kenderaan Persendirian dan Pakej Umrah dan Ziarah. 
  5. Pelan Femina Special -  Pelan perlindungan yang membantu kaum wanita pada saat yang memerlukan. Antara manfaat yang ditawarkan adalah perlindungan kemalangan diri serta sakit yang melibatkan kaum wanita. Penyertaan yang amat mudah.
  • Kereta - Memberi perlindungan komprehensif terhadap kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda. Kehilangan atau kerosakan yang dilindungi adalah sepertiperlanggaran (jika disebabkan oleh kemalangan atau kerosakan mekanikal atau tahap normal haus dan lusuhnya sesebuah kereta), objek yang terjatuh (melainkan disebabkan oleh banjir, ribut atau malapetaka semula jadi), kebakaran, letupan atau disambar petir, rompakan, pecah kereta atau kecurian,   perbuatan jahat, apabila dalam transit  (termasuk memenuhi muatan atau mengosongkan muatan) di atas jalanraya, rel atau jalan air .

  • Pendidikan - Pengajian tinggi merupakan salah satu jalan untuk memperolehi peluang perkerjaan yang baik. Anak-anak kita adalah komodoti terbaik untuk masa depan yang cerah.
  1. Intelek - Pelan ini membantu anda membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan anak-anak anda yang turut memberikan perlindungan kewangan. Pelan ini juga memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda pada setiap peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.